Sunday, June 7, 2015

PELANCARAN KEMPEN BANYAK MEMBACA NILAM (FEBRUARI-OKTOBER 2015)

Pada tarikh 9 Februari 2015, Pusat Sumber SMKA Kerian TMUA (PSS SMKAK) telah melancarkan Kempen Banyak Membaca di Dewan Ibnu Khaldun. Kempen ini dirasmikan oleh penolong kanan pentadbiran sekolah iaitu Tuan Haji Radin Shahri bin Radin Salim dan diraikan dengan tepukan gemuruh oleh para pelajar dan para guru.








Sehubungan dengan itu, pelancaran kempen ini dimeriahkan lagi dengan persembahan gimik oleh beberapa pengawas Pusat Sumber yang segak berkaca mata hitam juga kemas berkot hitam sebagai kejutan buat para pelajar.


Matlamat Program ini dilaksanakan dalam tempoh sembilan bulan ini adalah :- 

  • Melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhdap aktiviti membaca bahan bacaan seperti buku, majalah atau surat khabar.
  • Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan.
  • Menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya hidup.
  • Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk para pelajar berhimpun bagi mengisi masa terluang untuk mempertingkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
  • Memupuk minat membaca yang tinggi dalam kalangan pelajar SMKA Kerian TMUA.
  • Mewujudkan kerjasama dengan panitia-panitia dan persatuan-persatuan bahasa untuk mencapai matlamat program.

Pelancaran Kempen Banyak Membaca NILAM ini dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu yang berjudul budaya membaca. 


 BUDAYA MEMBACA

Semaikan di jiwa budaya membaca,
Pasti bertambah ilmu yang ada,
Masa dan usia bukan ukuran,
Yang membezakan kebijaksanaan.

Bacalah bacalah marilah membaca,
Mudah dilakukan di mana berada,
Bacalah dengan mata dan hati,
Dunia luas kita terokai.

Beraneka jenis bahan bacaan,
Yang bermanfaat pilihan utama,
Orang yang berilmu di pandang mulia,
Semaikan budaya membaca.

Korus
Bacalah bacalah marilah membaca
Jadikan membaca budaya kita...( 4X )
Jadikan membaca...
Budaya kita...










No comments:

Post a Comment