Thursday, December 9, 2010

SALAM AWAL MUHARAM 1432H

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Awal Muharam 1432H bagi semua umat Islam...apa kata kita renung sejenak dan hayati sejarah adanya kalendar tahun baru bagi kita sebagai umat Islam.. =)


Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sebab-sebab berlaku Hijrah

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.

Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”

Hijrah adalah sunnah para anbiya

Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.

Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.

Justeru, para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di sisinya, agama-Nya yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan tribulasi ciptaan manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan menggalakkan.

Allah tidak akan membiarkan agama Islam terkulai layu tanpa yang menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka terpaksa berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh manusia-manusia yang tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati manusia, walaupun yang membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang sama menganut fahaman Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, dan lain-lain.

Mereka berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh golongan yang mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh untuk menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai agama perlembagaan negara.

Maka berlakulah penghijrahan golongan ulama’yang terpaksa meninggalkan negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan golongan pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi yang difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.

Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh

Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal: “Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan).” Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama Islam.Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut : “Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”Pengajaran daripada peristiwa Hijrah Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).

2. Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.

3. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.

4. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.

5. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.

6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.

7. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.

Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.

Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam

1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.

2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.

Tuesday, September 28, 2010

Persaraan Tuan Pengetua



Pada tanggal 24 September 2010, Tuan Pengetua, Tuan Haji Hasan bin Sidek telah menamatkan perkhidmatannya sebagai pengetua di SMK Agama Kerian..beliau yang mula bertugas dari 6 April 2009 sehingga 24 Sept 2010. Warga Pusat Sumber mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Pengetua..jasamu akan dikenang sampai bila-bila..kami pasti akan merasai kehilangan beliau yang sangat rapat dengan guru-guru, staf mahupun pelajar2..


Gudluck for PMR!!

Peperiksaan PMR akan bermula pada minggu hadapan. Kami warga Pusat Sumber SMK Agama Kerian berharap agar semua pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan bersungguh-sungguh..
Di sini disediakan tips2 untuk menghadapi peperiksaan PMR..Tips ini saya perolehi dari Berita Harian..sila baca dengan penuh khusyuk ya..=)

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.


Kesimpulannya, adakah anda semua sudah bersedia wahai pelajar2 SMK Agama Kerian??

Semoga anda berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan baik sekali.

Gudluck, and all the best!

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan, Bulan Keberkatan =)


































Alhamdulillah, masuk hari ni sudah 16 hari kita menunaikan ibadah puasa..rasenye belum terlambat untuk sy mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah..sedar x sedar, Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi..lagu raya sudah lama berkumandang di radio-radio dan pasar raya berhampiran..persoalannya, sejauh manakah ibadah kita di bulan yang mulia ini..adakah masih sama seperti tahun-tahun yang lepas, ataupun lebih baik dari yang dahulu..wallahualam..semoga kita mendapat keberkatan dan keampunan di bulan yang mulia ini.. di sini saya sertakan laman web ustaz zaharuddin yg saya rase amat berguna dan bermanfaat untuk kita semua.. =)

http://www.zaharuddin.net/


selamat membaca..!!!

Tuesday, July 27, 2010

Monday, July 12, 2010

Program Berinovasi Pusat Sumber ke KL-Pahang, Part 1





Part 1

Lawatan ke Menara Telekom dan
Perpustakaan Negara























Wednesday, May 5, 2010

PROGRAM KARNIVAL NILAM PERINGKAT SEKOLAH


PENDAHULUAN

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Ia merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Selain daripada itu ia juga merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

Bertolak dari kesedaran ini, maka pihak Pusat Sumber Sekolah mengambil inisiatif bagi melaksanakan satu program yang dapat merealisasikan hasrat pihak sekolah dalam mewujudkan budaya gemar membaca di kalangan pelajar.

RASIONAL

Mempastikan setiap pelajar sekolah ini dapat dipupuk dengan minat membaca dalam menjadikan mereka pelajar yang berilmu pengetahuan dan seterusnya aset dalam pembanguan modal insan.

OBJEKTIF

  • Memupuk budaya suka membaca secara berterusan di sepanjang hayat mereka.
  • Meluaskan skop bacaan pelajar daripada terhad hanya kepada sumber ysng beorientasikan peperiksaan semata-mata.
  • Menggalakkan semua warga sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.


SASARAN

Semua pelajar.

TARIKH PELAKSANAAN

10 MEI 2010 hingga 12 MEI 2010


PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK
  1. KATEGORI MENENGAH ATAS


  1. Terbuka kepada semua pelajar yang berada di tingkatan 4 dan 5 sahaja
  2. Setiap kelas perlu manghantar seorang peserta sahaja.
  3. Peserta boleh mendeklamasi sajak ciptaan sendiri atau orang lain.
  4. Sajak yang dipilih mestilah bertemakan semangat patriotik.
  5. Panjang sajak mestilah tidak melebihi 30 baris
  6. Sebarang bantuan sama ada peralatan atau orang tidak dibenarkan.
  7. Pemarkahan berdasarakn kriteria berikut:


Kriteria

Markah Penuh


Sebutan dan intonasi

30


Kelancaran

30


Gaya persembahan

20


Penghayatan

20


Jumlah

100



  1. KATEGORI MENENGAH RENDAH


  1. Terbuka kepada semua pelajar yang berada di tingkatan 1,2 dan 3 sahaja
  2. Setiap kelas perlu manghantar seorang peserta sahaja.
  3. Peserta boleh mendeklamasi sajak ciptaan sendiri atau orang lain.
  4. Sajak yang dipilih mestilah bertemakan semangat patriotik.
  5. Panjang sajak mestilah tidak melebihi 20 baris
  6. Sebarang bantuan sama ada peralatan atau orang tidak dibenarkan.
  7. Pemarkahan berdasarkan kriteria berikut:


Kriteria

Markah Penuh


Sebutan dan intonasi

30


Kelancaran

30


Gaya persembahan

20


Penghayatan

20


Jumlah

100



4) Pertandingan Bercerita ( Story Telling)

  1. Terbuka kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja.
  2. Setiap kelas perlu menghantar seorang peserta sahaja
  3. Cerita perlu disampaikan dalam bahasa Inggeris
  4. Cerita yang disampaikan mestilah mengandungi unsur sama ada sains, matematik dan teknologi.
  5. Masa yang diperuntukkan cuma selama 8 minit sahaja. Markah tidak akan dikira selepas tempoh masa yang ditetapkan .
  6. Pemarkahan diberi berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan oleh juri yang dilantik.

    Pemarkahan berdasarkan aspek:

Tema dan Kesesuaian Isi

30

Sebutan dan intonasi

30

Persembahan

20

Pewnghayatan

20


5). PERTANDINGAN KUIZ PUSAT SUMBER


  1. Terbuka hanya kepada pengawas pusat sumber
  2. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah markah tertinggi yang diperolehi.
  3. Kuiz adalah secara bertulis yang disediakan oleh pusat sumber sekolah.

Monday, May 3, 2010

Program Modul Sahsiah Unggul Murid

Program Modul Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) 2010

Pada 3hb Mei 2010, program Modul Sahsiah Unggul Murid telah diadakan di Dewan Besar SMK Agama Kerian yang telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua SMK Agama Kerian, Hj Hassan bin Sidek.

Kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik semata-mata malah merangkumi aspek sahsiah diri, keperibadian, personaliti, serta mempunyai jati diri yang mantap dalam mengharungi cabaran semasa yang serba unik dan kompleks.
Justeru itu dengan adanya modul ini diharapkan agar sahsiah pelajar akan bertambah baik, menjadi insan yang cemerlang rohaniah dan akliah.

OBJEKTIF
1. Membentuk sahsiah pelajar secara berterusan
2. Pembangunan sahsiah yang mantap melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat
3. Membudayakan nilai dan sifat terpuji dalam kehidupan seharian.

Wednesday, April 28, 2010

SMKA KERIAN Naib Johan Bola Baling

















SMKA KERIAN bergelar naib johan bawah 15 tahun, bagi MSSD BOLA BALING..
Tahniah kepada semua pemenang..semoga tahun depan, kite akan dapat johan pulak ya.. =)

p/s : Sekalung tahniah juga kepada pemain-pemain bola sepak 15 tahun yang juga berjaya mendapat Naib Johan untuk acara akhir MSSD Bola Sepak Kerian yang berlangsung semalam..SMKA Kerian 1-4 SABAR...TAHNIAH KEPADA KEDUA-DUA PASUKAN.. =)


>>> maaf ya entry kali ini agak berterabur..dh byk kali try masuk pic tapi tulisan jadi mcm ni.huhuhu kene tukaq template kot..any idea..?

Tuesday, April 13, 2010

Monday, April 12, 2010

Program Bersama Angkasawan Negara

Pada 10 April yang lalu, SMK Agama Kerian telah dijemput menghadiri program bersama angkasawan Negara, Dr Sheikh Muzaphar Shukor..seramai 100o orang pelajar telah menghadiri program ini.Para pelajar terdiri daripada pelajar dari sekolah MCKK, SERATAS, SM SAINS TELUK INTAN, dan lain-lain lagi..
















Pelajar-pelajar perempuan yang asyik tersenyum melihat Dr SMS..Teruja tu..hihihi


















Pelajar-pelajar lelaki yang sabar menanti kehadiran angkasawan negara.



















Amier Irsyad, pelajar SMKAK yang berpeluang bergambar bersama beliau..waahh penulis sgt geram kerana xberpeluang bergambar dgn beliau..cuma jadi tukang tgkp gambar shaje..hohoho

























Zarifah Hani...pelajar ini asyik melihat wajah tampan+kacak Dr SMS, sambil mengabaikan saya@tukang tgkp gmbr di bawah..isk2..dasat sungguh ya.. =p






















akhir kata, pengalaman berjumpa Dr SMS akan sentiasa terpahat di sanubari pelajar2 SMKAK..kami menerima sebuah buku sumbangan dari Dr SMS, siap ade tandatangan beliau lagi..Buku tersebut akan dipamerkan di Pusat Sumber Sekolah..

Motivasi dari Dr SMS " DREAMS ARE POSSIBLE"
semua impian akan jadi kenyataan sekiranya kita mempunyai keazaman yang kuat!

sekian dulu. sehingga berjumpa lagi..
wassalam..

Doa untuk Kekasih